Online Diary SiGadisBiru: TIP : Manfaat Buah Delima

TIP : Manfaat Buah Delima


Hari ni, Nuqis nak kongsi dengan korang tentang manfaat buah delima dan cara membuat jus delima. Tanpa membuang masa, mari kita teruskan.....
Buah delima terkenal dengan jolokan superfruit, buah delima sring dipandang sepi oleh masyarakat dengan alasan sukar diperoleh, mahal dan tak tahu cara makan. Padahal, ia penuh dengan khasiat. Diantaranya ialah :
1. Mengandungi antioksidan yang tinggi, terdiri dari asid alagik yang baik untuk melindungi penyakit.
2. Membantu memusnahkan pertumbuhan sel kanser.
3. Membantu menghalang plak daripada berlonggok dalam salur darah.
4. Mengurangkan paras kolesterol jahat dan meningkatkan paras kolesterol baik.
5. Membantu mencegah penyakit nyanyuk @ alzheimer.
6. Membantu masalah saluran pencernaan dan buasir.
7. Mencantikkan dan melembutkan kulit.

Buah delima juga boleh dibuat jus. Tak tahu caranya? Mari Nuqis ajarkan...

Resepi Jus Delima

Bahan : #Dua biji buah delima
               #Tiga sudu madu @ gula
               #Ais
              #Sedikit air

Cara membuat :
            Kisar kesemua bahan. Kalau nak lebih variasi, korang boleh masukkan nata de coco mahupun agar-agar. So, dah siap. Senang je kan? Cubalah, rugi tak cuba.....

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen