Online Diary SiGadisBiru: 2015

PESKO 2015

Assalamualaikum.

Dah dua hari aku rehat sepuas-puasnya selepas penat lelah selama berminggu-minggu. sebelum aku kembali sibuk, aku nak ambik masa sikit cerita pasal hari PESKO sekolah aku ^^v

Rabu, 25 Februari 2015 - satu acara PESKO telah diadakan di Maahad Muhammadi Gua Musang bermula jam 8pagi hingga 2petang. Acara bermula dengan perasmian mudir sekolah dan diteruskan dengan pertandingan perbarisan.



*maaf, ni bukan surat khabar --'*
Hehehehe xD

selesai sudah pertandingan perbarisan, pertandingan sukan bagi pelajar lelaki bermula. Antaranya badminton, sepak takraw dan tampar pipi .. Eheh! silap².. bola tampar yerr :D

yang atas tadi tu abaikan yerr.. tak penting pon. sebab takde kisah pasal aku. kat bawah ni kisah akuu :3

masa pesko ni aktiviti aku kurang sikit sebab sukan da tamat, pertandingan ilmiah pon da tamat. tugas aku arinie, perbarisan tadii, hias khemah dan pegi mnjual di gerai.


hias khemah tu aku larii. aku lari ke gerai sebab aku laparr >< . bagus tak aku? mesti lah bagus xD .. kan? kan?  yer².. aku bagus

Kerja aku arinii duduk kat gerai tu je laa. layan² pelanggan. pastu datang lah sorang ustaz aku nihh, dia nak beli air tin. air tin aku letak dalam bekas sekali dengan ais yang da cair sebab nak bagi sejuk. ustaz aku masukkan tangan dia dalam bekas tu and then renjis² air kat muka aku dan kawan² aku.. hahaha xD kitorang semua menjeritt "ustazzz !!!!!"

bukan sekali, bukan dua kali ustaz buat macam tuu. banyak kali woo.. dia datang lagi gerai aku, nak beli air tin sebab dia kata air tin tadi dia bagi kat pelajar lain. Sebelum beli dia renjis² lagi air kat kitorang >< . kitorang pon balas balik. wkakaka xD. seriuss lawak. macam kitorang buad drama hindustan pulak main² air kat situ.

Tu salah satu ragam pelanggan akuu. antara ragam lain pulak.. ada sorang budak nihh, nak beli keropok. mase aku tengah nak masukkan keropok tu dalam plastik, buleh pulak dia kata "tak jadilah kak".. aku diam jap. pastu dia sambung lagi "bia la, gurau je tadi. keropok yer kak" sambil sengih².. kalau aku buleh buad muka macam ni --> -..- . dah lama aku buat.. huhuhu.

Walaupun penat tapi happy la dapat layan karenah diorang semua. dapat jugax la mengeratkan hubungan kan?

Jadi tu je la aktiviti aku.. btw pertandingan perbarisan tadi kumpulan aku yang menang :D . tahniahh untuk akuu.. *tepuk tangan*

Sekian ^^



Posted via Nuqis Ismail

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Kalam Jamaie ^3^

Assalamualaikum ^^

Fuhh! setelah sekian lama.. finally boleh jugax curi² masa update blog. hehe.

Beberapa minggu ni aku sibuk sikit dengan acara sukan yg diadakan d sekolah aku. semua benda aku urus sendiri . Almaklumlah, senior kan *bangga²* hahaha..

Hari selasa lepas ada pertandingan kalam jamaie atau lebih dikenali lagi dengan choral speaking. kalau korg nak tahu, memang letih gile nak ajar budak² nii, payah nak egat. masa yg dia bagi pulak 2minggu jer sebelum pertandingan. tak sempat oii.. dah la campur dengan pertandingan lain n sukan. T_T

But, aku tetap berusaha jugax cari masa untuk ajar budak² nihh.. walaupun kitorg tak dapat tempat pertama tapi ktorg happy sebab majoriti bdak² lain semua puji choral kitorg .

Jadi, kat sini aku nak kongsikan teks kalam jamaie aku dgn korang semua. teks ni aku buat sendiri dgn kakak aku. ktorag tidur pukul 2 pagi semata-mata nak siapkan teks ni jer, mula² tu ambik teks dari blog lain jer, tapi keesokkannya kt sekolah tu aku tengok teks kumpulan lain sama macam teks aku.. hampehh --' . sbb tu la aku buat sendiri teks kumpulan aku. senangg ;)

Kalam Jamaie : Zaman Kanak²

Assalamualaikum.

Kami dari kumpulan...

A : P to the U to the T to the E to the R to the I

B : S to the A to the A to the D to the O to the N to the G

Puteri Saadong!!

Ingin menyampaikan kalam jamaie berkisar tentang betapa pentingnya menuntut ilmu ketika zaman kanak². Ingatkah anda bagaimana zaman kanak² anda ketika di tadika?

Betapa funky, cheering, funny, cute and happy go lucky when we are so so young!!!

A : kawan²

Jom hashtag #throwback #throwback #throwback

Lalalalalalala.. (tepuk amai², baiki tudung, ngojuk)

A : kawan², cikgu dah datang
B : tak tanya pun

Eh. Eh. cikgu datang dengan lemah-lembutnya.
Ewahh Ewahh. cikgu datang dengan lenggang-lenggoknya.
Lenggang sana, lenggang sini.
Ewahhh Ewahhhh

A&B : perhatian semua !!!
          selamat pagi cikgu
selamat pagi cikgu yang cantik lagi menawan

A : okey. thank you everyone. sit down. my name is cikgu mawar. Today we gonna speaking in english. What is your name?
B : my name is Ahmad bin Albab
A : then, what is your name girl?
B : my name is salsabila bt markonah
A : next, what is your name?
B : mi
A : yes, you.
B : mi, teacher.
A : yes, you. what is your name?
B : mi. my name is mi. Mi bin Kuah.

Hishh hishh. knape tak kuetiew je (geleng kepala)

B : tu atukk saya la
A : hish! hish! pelik² nama kamu semua ni. Arinie cikgu nak ajar kamy semua ABC.

A B C D E F G... (nyanyi bollywood)

A : sekarang, cikgu nak tanya nanti besar kamu nak jadi apa? bermula dengan kamu nadia.
B : nanti besar nadia nak jadi doktor.

Dup. Dap. Dup. Dap. sakit kat mane? sakit sakit kat mane?
sakit kat sini. sakit sakit kat sini.

A : kamu pula mi nak jadi apa?
B : nanti besar, mi nak jadi askar.
A : kenapa askar?
B : askar dapat membantu mempertahankan negara menggunakan pistol.

piew! piew! .. Erkkk!!! (mati)

A : kamu salsabila?
B : cita² saya, saya nak jadi suri rumah yang sangat baik. Nak ada suami dan anak² yang comel untuk saya beri sepenuh kasih sayang macam mak saya cikgu.
A : sungguh murni cita² kamu. Sekarang, cikgu nak tanya kamu pula Ahmad. Apa cita² kamu, Ahmad?
B : cita² saya hanya satu
A : Apa dia?
B : cita² saya hanya untuk memenuhi semua cita² salsabila.

Tut tut ru tu (3x)(nyanyi smbil tunjuk love)

A : sekarang, cikgu nak ajar kamu semua bahasa arab.

هو هما هم
هي هما هن
انت انتما انتم
انت انتما انتن
انا نحن

A : apa maksud انا?
B : saya!
A : apa maksud انت?
B : awak!
A : apa maksud احب?
B : saya suka!
A : cikgu, Ahmad nak tanya salsabila something boleh?
B : tanyalaa
A : salsabila, apa maksud انا احب انت?
B : saya suka awak

Tut tut ru tu (3x)

A : sekarang, kita belajar bahasa inggeris

Cat untuk kucing. Meow! Meow!
Bird untuk burung. Chirp! Chirp!
Duck untuk itik. Quack! Quack!
Chicken untuk ayam. Kok! Kok!
Fox untuk.. what the fox say.. Ku Ku Ku

A : Apa maksud star?

Bulan! 
Matahari!

B : chop² !! bintang la kawan²

Owhhhhhhhh

Twinkle. Twinkle little star
How i wonder what you are
Up above the world so high
Like a diamond in the sky
Twinkle. Twinkle little star
How i wonder what you are

B : cikgu, saya nak nyanyi lagu Mary had a little lamb.

Mary had a little lamb. Little lamb. Little lamb

KEESOKKAN HARINYA !!

A : kelmarin cikgu ads bagi kerja sekolah kan?
B : ada² (angguk kepala)
A : jadi, keluarkan buku kamu dan cikgu nak semak.

(lakonkan watak tengah cari buku)

A : baiklah, jawapan no.1 apa?
B : A.A.A.A.A
A : betul! jawapan no.2 ?
B : C.C.C.C.C
A : C betul. jawapan no.3 ?
B : A.A.A.A.A
A : bagus. pandai betul kamu semus ni. jawapan no.4 ?
B : B.B.B.B.B
A : ba.ba.ba.ba.ba.
B : (pandang ke A) Ahmad !!!
A : hehehe.. peace yo!

Heii !! cikgu ajak main kereta api.
Jom main kereta api.

( main kereta api, pu! pu! pu!)
angkat. turun. angkat. turun.

Kringgggg~~~

Yeayy!! balik sekolah
A : yeayyyyy!!!
B : yeayyyyy!!! 

YEAYYYYYYY!!!

A : sebelum balik, kita nasyid dulu yer..

Hasbirobbi Jalallah Ma Fi Qalbi...

A : cikgu nak salam ?
B : ok. terima kasih semua.

A : kawan²

Hashtag #flashback #flashback #flashback

Hah! macam tu lah zaman kanak² kami. Yang paling kami sayang mesti cikgu kami.

Maafkan kami. Tatataraa (3x)
Maafkan kami
Maafkan kami

Kami Puteri Saadong!!

Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh

Sekian ^^



Posted via Nuqis Ismail



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen