Online Diary SiGadisBiru: PESKO 2015

PESKO 2015

Assalamualaikum.

Dah dua hari aku rehat sepuas-puasnya selepas penat lelah selama berminggu-minggu. sebelum aku kembali sibuk, aku nak ambik masa sikit cerita pasal hari PESKO sekolah aku ^^v

Rabu, 25 Februari 2015 - satu acara PESKO telah diadakan di Maahad Muhammadi Gua Musang bermula jam 8pagi hingga 2petang. Acara bermula dengan perasmian mudir sekolah dan diteruskan dengan pertandingan perbarisan.



*maaf, ni bukan surat khabar --'*
Hehehehe xD

selesai sudah pertandingan perbarisan, pertandingan sukan bagi pelajar lelaki bermula. Antaranya badminton, sepak takraw dan tampar pipi .. Eheh! silap².. bola tampar yerr :D

yang atas tadi tu abaikan yerr.. tak penting pon. sebab takde kisah pasal aku. kat bawah ni kisah akuu :3

masa pesko ni aktiviti aku kurang sikit sebab sukan da tamat, pertandingan ilmiah pon da tamat. tugas aku arinie, perbarisan tadii, hias khemah dan pegi mnjual di gerai.


hias khemah tu aku larii. aku lari ke gerai sebab aku laparr >< . bagus tak aku? mesti lah bagus xD .. kan? kan?  yer².. aku bagus

Kerja aku arinii duduk kat gerai tu je laa. layan² pelanggan. pastu datang lah sorang ustaz aku nihh, dia nak beli air tin. air tin aku letak dalam bekas sekali dengan ais yang da cair sebab nak bagi sejuk. ustaz aku masukkan tangan dia dalam bekas tu and then renjis² air kat muka aku dan kawan² aku.. hahaha xD kitorang semua menjeritt "ustazzz !!!!!"

bukan sekali, bukan dua kali ustaz buat macam tuu. banyak kali woo.. dia datang lagi gerai aku, nak beli air tin sebab dia kata air tin tadi dia bagi kat pelajar lain. Sebelum beli dia renjis² lagi air kat kitorang >< . kitorang pon balas balik. wkakaka xD. seriuss lawak. macam kitorang buad drama hindustan pulak main² air kat situ.

Tu salah satu ragam pelanggan akuu. antara ragam lain pulak.. ada sorang budak nihh, nak beli keropok. mase aku tengah nak masukkan keropok tu dalam plastik, buleh pulak dia kata "tak jadilah kak".. aku diam jap. pastu dia sambung lagi "bia la, gurau je tadi. keropok yer kak" sambil sengih².. kalau aku buleh buad muka macam ni --> -..- . dah lama aku buat.. huhuhu.

Walaupun penat tapi happy la dapat layan karenah diorang semua. dapat jugax la mengeratkan hubungan kan?

Jadi tu je la aktiviti aku.. btw pertandingan perbarisan tadi kumpulan aku yang menang :D . tahniahh untuk akuu.. *tepuk tangan*

Sekian ^^



Posted via Nuqis Ismail

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen