Online Diary SiGadisBiru: MaiFest & Talent Show KMPP

MaiFest & Talent Show KMPP

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Cuti midsem dah bermula !! yeayy yeayyyy. So, now aku dah selamat sampai ke kampung halaman. Alhamdulillah setelah 5 jam duduk atas bas. Sebenarnya agak banyaklah assignment dan kerja yang aku kena siapkan dan submit lepas cuti. Tapi kita hold on dulu semua tu sebab aku malass. lalalalalallalalalalala. Hey ni cuti kan? so cuti lah. Takmau buat keja dah. Nak tidur, makan, tengok tv, layan drama korea.. hehehehe. Dah 2 bulan lebih aku korban semua benda ni tau. 

Terus pada point, aku nak habaq sikit apa program yang aku buat sebelum cuti ni. Selalunya bila ada program tak pernah terlintas dalam otak aku nak ambik gambar ka, photoshoot ka, selfie kaa.. yang aku tahu buat program sampai habis and then balik tidur. Esok tu buat kerja lain. Lain pulak pada program kali ni, aku asyik duk ambik gambar sampai kawan aku pun tengok pelik. Tak pernah pernah kau nak bukak fon ambik gambar sana sini. 

MaiFest ni actually macam pasar malam lah bahasa umumnya..kami bukak peluang pada para pelajar untuk berniaga jual je apa apa yang hangpa semua nak. Kebanyakkannya of course la jual makanan sebab pelajar matrikulasi penang ni sanggup habiskan duit untuk makanan je. hahaha. Benda lain ada jugak jual contohnya baju, beg, shawl, tudung, ukir inai pun ada. Jadi mana mana pelajar yang acah acah nak test dulu ukir inai untuk kawen boleh p la. 

Yang ni para peniaga dah mai settup barang niaga depa


Tengah buat senarai barang yang dijual. Tekun mak aihh depa ni bila buat qeja

Awat tak susun barang kasi nampak chantekk sikit tuh. Aiyokk.

Yeayyy semua dah setel, pelanggan dah mai dah. Beli semua beli. Kasi borong habis semua ya. huhuuhuhu

Talent Show pulak depa nak korek bakat bakat terpendam pelajar kmpp. Kami tahu ramai pelajar yang berbakat tapi malu atau tak diberi peluang untuk menunjukkan bakat depa. Aku pun ada bakat jugak dalam lakonan dan nyanyian. Menari pun aku boleh `*tipu jee. hehe . Nak masuk pintu p ujibakat pun juri dan menjerit kau terkeluar. Haishhh. Belum pape lagi dah halau

Depa tengah hias pentas. Hamboii rasa nak makan ja makanan yang melekat kat pentas tuh.
ngapp ngappp!



 Ni ada satu show yang memang terbaik ahh. Rugi tak tengok

Video untuk kmpp talent show cuber 2017
Serious awesome gilerr. Kan dah kata pelajar kmpp ni berbakat. 


sudah malam tapi masih berniaga. bagus bagus, teruskan yaa. chaiyok!


Begitu lah suasana program ni. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan semua berpuas hati yaaa. Bukan senang nak cipta kenangan indah cenni. Rasa heaven boleh makan macam macam jenis makanan. okehh, makanan je penting. Hahaha, Kbaii


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen